Jutawan muda, Norriza Muhamad Yusof yang lebih popular dengan nama Ieza Yusof @ Mak Jerung (MJ) tak pernah lupa mempraktikkan 10 rahsia yang membolehkan dirinya dan suami, Norazmi Mohd Yusof memperoleh keberkatan kewangan dalam rumah tangga. Akuinya 10 rahsia bahagia hidup inilah yang diamalkannya selaku Pakar Pengurusan Hartanah & Risiko Kewangan, dan itulah punca bahagia hidup mereka suami isteri.
Tip ini dikongsikan ketika beliau bercuti berdua bersama suaminya di luar negara. Rahsia kebahagiaan hidup dan keberkatan kewangan rumah tangga hanya untuk 18 tahun ke atas.Baca sampai habis sebab MJ share tips zahir batin ” Tulisnya yang turut menggelar dirinya MJ.
10 Tip MJ Dan Suami Memperoleh Berkat Kewangan Rumah Tangga.
1. Jaga Hubungan Badan Antara Suami Isteri
Walau umur sudah meningkat, kita harus jaga hubungan badan antara suami isteri. Hubungan badan di luar bilik dan di dalam bilik.Ni tak selalunya bila dah kahwin lama, suami nak pegang tangan isteri pun macam pelik! Huhu… kan dapat pahala tu. Baru lah berkat!
2. Bercuti Cuma Berdua
Bercuti hanya berdua tanpa anak-anak sekurang-kurangnya 2 kali setahun! Tapi Alhamdulilah MJ dan suami minimum 5 kali setahun. Rezeki Allah bagi honeymoon berdua setiap tahun. Alhamdulillah. Jadi, kenalah susun bajet simpan duit setiap bulan untuk honeymoon kekalkan kebahagiaan. Bercuti berdua ni terapi untuk kebahagiaan.
3. Beri Senarai Bujet Bulanan Kepada Suami
Senaraikan bajet bulanan kepada suami supaya dia tahu bahagian yang perlu dibayar. Lelaki ni sebenarnya senang saja, yang jadi susah bila kita tak cakap suruh buat. Jadi, kita sebagai isteri perlu senaraikan tanggungjawab yang dia perlu bayar. Kita pula sebagai isteri juga ada bahagian yang kita bayar. Tidak perlulah berkira sangat, InshaAllah ada keberkatan kewangan di situ.
4. Selesaikan Umrah / Haji Mak Ayah
Target awal-awal selesaikan umrah dan haji untuk mak ayah. Alhamdulillah kedua-duanya sudah selesai!
5. Konsisten Sedekah
Sedekah yang konsisten kepada masyarakat sebab antara 3 perkara yang kita boleh tinggalkan selepas kita MATI:
6. Bagi Elaun Bulanan Mak Ayah
Bagi mak ayah masing-masing elaun bulanan wajib dan wajib naik minimum 10% setiap tahun. Kalau kita nak gaji kita naik sebab harga barang naik, mesti mak ayah kita pun nakkan! Mulakan konsisten walau sedikit dan target naik setiap tahun. Tidak akan pernah miskin kita jika utamakan mak ayah kita.. Ingat tu!
7. Suami Isteri Kena Saling Menyokong
Kami suami isteri saling menyokong antara satu sama lain dalam misi mencari ilmu untuk dimanfaatkan.
8. Jenguk Mak Ayah Setiap Bulan
Balik kampung setiap bulan. Tidak pernah rasa kurangnya kewangan sebab utama nak jenguk dan tengok muka mak selagi diaorang ada. (Kedua-dua ayah dah meninggal. Al-Fatihah)
9. Makan Satu Talam / Pinggan
Makan dalam talam atau pinggan untuk mengeratkan kasih sayang. Ikut sunah Nabi Muhammad SAW.
10. Ajar Anak-anak Rancang Kewangan
Keduanya perlu mengajar anak-anak dalam perancangan kewangan. Anak-anak dan kami memang ada tabung masing-masing.
Sumber: islamituindah.us
Jika terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi kami di talian 011-11798447
30-3B, Prima Biz Hub, Block C, Jalan Tasik Prima 5/2, Taman Tasik Prima, 47150 Puchong, Selangor.