Cara Susun Kewangan Peribadi Dengan Betul, Ramai Rakyat Malaysia Terbeban Kerana Silap Langkah

Posted by Admin On  July 1, 2022

KEWANGAN ni sesuatu yang agak memeningkan kepala kita sebenarnya. Apatah lagi jika sudah terjerat dan ingin perbaiki kewangan peribadi semula, cabarannya tinggi dan memerlukan kesabaran yang tinggi juga.

Pandemik yang berlarutan di negara kita ini menyebabkan ramai rakyat Malaysia terumbang ambing ekonominya, tak kurang juga yang sudah karam. Bukan di Malaysia sahaja, bahkan di negara luar pun turut terkesan. Syarikat-syarikat gergasi pun mengalami masalah kewangan juga. Tetapi tidak seteruk kewangan peribadi.

Sebenarnya pengurusan kewangan ini sangat penting. Jika kita gagal mengurus, impian tidak akan tercapai. Ini kerana, ramai orang impiannya adalah untuk bebas kewangan, bebas hutang dan sebagainya. Tetapi semua itu bergantung pada keputusan kewangan kita selepas kita mengurus.

Jika anda kenal individu bernama Ieza Yusof atau dikenali sebagai Mak Jerung ini, sudah pasti ada sedikit sebanyak ilmu yang disampaikan dapat dihadam dengan baik. Beliau sudah berpengalaman dalam industri kewangan dan juga pelaburan selama 20 tahun lebih sejak berusia 21 tahun lagi.

Beliau juga sangat aktif berkongsi dan berceramah tentang kewangan di Facebook Page dan seminar-seminar yang dikendalikan oleh syarikatnya dan sebagai jemputan. Kesedaran tentang melindungi aset dan membina aset sering ditekankan supaya rakyat Malaysia peka dan berhati-hati kerana risiko ada dimana-mana sahaja tanpa diduga.

ASAS PENGURUSAN KEWANGAN

Jika kita ingin tahu dan uruskan kewangan kita dengan baik, belajarlah dari asasnya kerana kefahaman itu akan datang setelah kita menguasai asas (fundamental).

Ini adalah susun atur aliran kewangan kita yang sepatutnya.

10% Perlindungan: Perlindungan ini sangat penting dan akan beroperasi sekiranya berlaku insiden atau risiko yang tidak dapat dijangka dan dihidu. Ramai rakyat Malaysia yang kurang pengetahuan tentang pengurusan kewangan akan menolak bahagian ni kerana terlalu yakin segalanya dalam keadaan yang baik selamanya. Sekaligus meletakkan diri mereka sendiri dalam risiko yang tinggi kerana apabila berlaku kecemasan tiada backup plan yang melindunginya. Seperti contoh, jika anda tiada kad perubatan, anda akan menanggung kos rawatan hospital yang tinggi. Jika anda tiada pelan Takaful, keluarga anda akan terbeban selepas (mati) atau ketika (sakit kritikal) tidak mampu menanggung komitmen lagi.

60% Komitmen: Cuba anda kira sendiri berapa persen komitmen bulanan anda? Adakah cukup-cukup, kurang atau terlebih dari had 60% ini? Jika terlebih, berhati-hatilah kerana anda sudah terbeban dengan komitmen dan perlu menambah sumber pendapatan segera bagi menampung kos sara hidup. Ini kerana, berkemungkinan besar anda tiada wang simpanan yang cukup bagi menempuh saat getir atau kecemasan. Dan anda juga mungkin terpaksa meminjam dari kenalan, keluarga, pasangan atau adik beradik. Ada juga yang terpaksa membuat pinjaman dengan Ah Long. Ini sangat membahayakan jika kita tidak pernah ambil peduli, tidak berlaku sekarang mungkin suatu hari nanti.

20% Pelaburan/Simpanan: Ramai orang sukakan pelaburan sehingga ada yang tertipu kerana tidak tahu latar belakang platform ‘pelaburan’ itu. Tidak usahlah kita menaruh harap pada platform yang tidak diistiharkan bersih dari Bank Negara Malaysia. Ada yang kononnya syarikat itu sudah kukuh diluar negara dan baru masuk ke negara kita. Usah mudah terpedaya! Selidik dahulu adalah langkah bijak. Majoriti rakyat Malaysia tidak mempunya wang simpanan kecemasan yang cukup. Kesemuanya diletakkan pada platform pelaburan yang susah dicairkan ketika berlaku kecemasan contohnya emas. Emas sesuai untuk pelaburan jangka panjang. Jangan letakkan kesemua telur pada bakul yang sama. Letaklah 1 ditempat lain. Seperti contoh, ASB dan Tabung Haji adalah disarankan. Ini kerana setiap tahun pencarum akan mendapat dividen tahunan dan ianya selamat tiada penipuan berlaku.

10% Perbelanjaan Bebas: Ini termasuklah memenuhi selera tekak kita yang kononnya mengidam MCD BTS sebagai contoh. Melanggan Netflix sebagai mengisi masa lapang ketika Work From Home dan lain-lain. Ini juga perlu diberi pemantauan kerana ia sering berlaku tanpa kita sedar. Tahu-tahu dah terlebih pakai dan ganggu bahagian kewangan yang lain. Setiap hari ada saja barang baru sampai depan rumah. Jaga-jaga, jika tidak dikawal, ia akan melarat dan kita terlupa tentang simpanan untuk duit kecemasan.

Itulah 4 asas aliran kewangan peribadi kita yang perlu diteliti dan disusun rapi supaya tidak berlaku kebocoran. Jangan sesekali pandang enteng kerana inilah yang bakal menentukan keputusan kewangan kita dimasa akan datang. Kita nak mohon pinjaman dengan bank beli rumah pun tak dapat, rupanya komitmen dah terlebih-lebih. Sampai bayaran bulanan pun ada yang tertunggak.

Untuk menjaga aliran kewangan ini, kita perlu menjaga emosi kita terlebih dahulu. Kerana segala transaksi berlaku bermula dengan emosi. Kita membeli dari Shopee bukan kerana keperluan 100% tetapi kerana tertawan dengan promosi yang ditawarkan tambahan pula barangan itu cantik dan menawan sekaligus berkenan pula dihati.

Sumber: netizenmalaya.com

Bagaimana My Financial App Membantu Dalam Perancangan Kewangan

Bagaimana My Financial App Membantu Dalam Perancangan Kewangan

Popular Posts

Bagaimana My Financial App Membantu Dalam Perancangan Kewangan

Umur 23 Tahun Dah Mampu Beli Rumah

Savings 5k Sangka Dah Banyak Tapi...

Tidak Ada Hutang Tapi Simpanan Kurang!

Tinggalkan Komen Anda...

Jika terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi kami di talian 011-11798447

Ieza Yusof Consultancy Sdn Bhd

30-3B, Prima Biz Hub, Block C, Jalan Tasik Prima 5/2, Taman Tasik Prima, 47150 Puchong, Selangor.

Mak Jerung Circle

Khidmat Pelanggan

Kepakaran Ieza Yusof Consultancy Sdn Bhd (IYCSB) adalah membantu usahawan dan masyarakat dalam menyusun profil kewangan dengan lebih baik untuk POWER KEWANGAN dan POWER KEHIDUPAN.

© 2022 Ieza Yusof Consultancy Sdn Bhd (1099621-D)