Di sini Bermulanya Kejayaan Kewangan!

pengetahuan berasaskan pengalaman

Memperkenalkan...

FS0846

PROMO MERDEKA KEWANGAN buat julung kalinya MJ akan memberi tawaran khas bagi peminat-peminat buku Kalkulator Dari Langit dan buku Jerat Kewangan & Hartanah. 

Anda boleh belajar 28 bab di buku Jerat Kewangan & Hartanah serta 35 bab di buku Kalkulator Dari Langit. Bukan setakat itu sahaja, banyak lagi BONUS yang anda kan dapat di PROMO MERDEKA KEWANGAN! Faktanya! Ramai yang dah berjaya ubah kewangan dan kehidupan melalui perkongsian, pengalaman dan cabaran yang MJ telah nukilkan ini.

KINI BOLEH DIDAPATI

KALKULATOR DARI LANGIT

"Mengapa Orang Lain Terus Kaya, Tapi Aku Terus Miskin"

Buku ini khas MJ coretkan untuk sesiapa yang ingin mencapai kebebasan kewangan dan keluar dari belenggu kemiskinan. Tanggungjawab untuk pengurusan kewangan adalah tanggungjawab individu itu sendiri tetapi dengan kita belajar daripada pengalaman dan kesilapan orang lain boleh membantu kita mencapai kebebasan kewangan dengan lebih pantas dan boleh bersara kaya.

Jangan pernah terlewat untuk menimba ilmu. Ilmu kewangan dan pelaburan adalah ilmu yang wajib difahamkan untuk generasi dan legasi anda. Jangan biarkan generasi kita terus MISKIN.

Perkongsian dalam buku ini berkisar tentang misi perjuangan MJ dan Team Mak Jerung. MJ ingin melahirkan KOMUNITI yang CELIK dan MAHIR urus kewangan supaya KALIS GAWAT. Selain tu, meningkatkan pemilikan hartanah di kalangan masyarakat dan membina profil kewangan individu dan syarikat. Misi ketiga pula adalah untuk menambah bilangan konsultan kewangan di Malaysia di mana satu hari nanti akan berlaku budaya “Satu Keluarga Satu Perancang Kewangan”. Ke-empat, kami juga ingin meningkatkan jumlah usahawan di kalangan masyarakat dalam memperjuangkan sunnah Rasulullah SAW.

“Orang yang merancang kewangan akan sentiasa selamat walau dalam ekonomi macam mana sekali pun. Mereka tidak pernah risau jika ekonomi merundum malah sangat beruntung ketika ekonomi tidak bagus di mana lebih banyak lagi peluang mereka sebagai pelabur”.

KINI BOLEH DIDAPATI

JERAT KEWANGAN & HARTANAH

"Kenapa Tidak Ramai Yang Berjaya Dalam Kewangan?"

Serik kerana asyik terjerat dalam kewangan dan pelaburan hartanah, Ieza Yusof bersumpah bahawa beliau tidak akan lagi melakukan kesilapan yang sama atau membiarkan orang lain mengalami penderitaan yang beliau pernah lalui suatu ketika dahulu.

Daripada kecundang dek mengikut nafsu berbelanja hingga terbeli projek perumahan yang terbengkalai selama 6 tahun, beliau pernah terjatuh dalam bermacam-macam jerat. Terbeli tanah secara tunai? Pernah. Terbeli 2 rumah bernilai jutaan ringgit pada masa yang sama? Pernah. Terbuat bayaran mahal untuk menyertai seminar menggunakan kad kredit, tetapi tidak menghadiri seminar itu? Pun pernah.

Sedikit sebanyak pengalaman-pengalaman pahit itu membantu beliau untuk menasihatkan orang ramai dalam kerjayanya sebagai seorang perunding perancangan kewangan dan pengurusan risiko kewangan.

Buku ini mengandungi:

OUT OF STOCK

FORMULA URUS GAJI

"Power Kewangan Power Pelaburan"

Buku FORMULA URUS GAJI ini MJ lahirkan khas untuk orang yang gagal dan hampir gagal di dalam kewangan serta kepada mereka yang bersungguh-sungguh untuk mengubah hidup mereka ke arah yang lebih baik.

Lebih spesifik lagi buku ini adalah untuk graduan yang akan urus gaji pertama, suami yang bekerja, isteri yang bekerja dan suri rumah yang mengurus kewangan keluarga.

Tajuk buku ini nampak simple, tetapi pada pendapat MJ punca utama kenapa berlakunya kegagalan kewangan disebabkan tiada FORMULA pengurusan kewangan yang betul.

Ramai orang kata ilmu KEWANGAN ini susah. Ramai juga orang kata, ilmu PELABURAN ini susah. Ramai yang berfikir mereka sudah terlambat untuk memperbaiki kewangan mereka. Semua perkara akan jadi susah jika kita tidak usahakan untuk belajar.

Kegagalan kewangan adalah berpunca daripada kegagalan dalam pengurusan kewangan tersebut. Jika dikaji punca sebenar adalah kesedaran pada diri sendiri dan tindakan untuk berubah.

 

Antara hasil penulisan MJ yang lain dalam bentuk E-book..

Antara pembaca buku-buku Mak Jerung...

Ikut terus FORMULA URUS KEWANGAN yang dikongsikan dan sudah terbukti berdasarkan pengalaman ramai yang telah BERJAYA lakukan!

Kenapa perlu tunggu lagi sekiranya dapat selesaikan masalah kewangan yang huru-hara anda pada hari ini!

LEBIH

Jumlah Buku Yang Telah Terjual
0 +

Merchandise by Ieza Yusof (MJ)

RM 99
00
  •  
KALKULATOR DARI LANGIT + JERAT KEWANGAN & HARTANAH
RM 50
00
  •  
JERAT HARTANAH & KEWANGAN
RM 39
90
  •  
KALKULATOR DARI LANGIT
RM 29
90
  •  
FORMULA URUS
GAJI

Penghantaran akan dibuat setiap hari Isnin, Rabu dan Jumaat sahaja!

Anda perlukan bantuan?
Klik dibawah

Ieza Yusof Consultancy Sdn Bhd

30-3B, Prima Biz Hub, Block C, Jalan Tasik Prima 5/2, Taman Tasik Prima, 47150 Puchong, Selangor.

Mak Jerung Circle

Khidmat Pelanggan

IYCSB 2
Kepakaran Ieza Yusof Consultancy Sdn Bhd (IYCSB) adalah membantu usahawan dan masyarakat dalam menyusun profil kewangan dengan lebih baik untuk POWER KEWANGAN dan POWER KEHIDUPAN.

© 2022 Ieza Yusof Consultancy Sdn Bhd (1099621-D)