Setiap manusia di muka bumi akan berusaha untuk mencipta pendapatan bagi meneruskan kehidupan. Pendapatan boleh dicipta dengan bekerja atau berniaga. jika kita tidak berdisiplin dalam menguruskan kewangan, ia akan membahayakan keadaan. Ramai orang yang lupa untuk mengasingkan simpanan demi masa depan.
Kita perlu bekerja untuk menjana pendapatan.
Kita tidak bekerja, tapi boleh menjana pendapatan
Pasti ramai yang baru sedar bahawa mereka sudah bekerja 5, 10, 15 tahun tetapi tiada simpanan untuk masa depan. hal ini berlaku disebabkan kita tiada sistem pemgurusan kewangan yang baik.
Pengurusan kewangan patut diajar kepada semua orang semenjak kecil untuk dijadikan tabiat supaya apabila sudah besar, kita bersedia untuk menerima gaji pertama. Kebanyakan orang tidak pandai menguruskan kewangan, dan itu menyebabkan mereka tidak menyimpan wang untuk masa depan. Jadi, mulai sekarang, MJ mahu anda jadikan “Personal Financial Guideline” sebagai panduan untuk menguruskan kewangan.
Kebanyakan kesilapan berlaku disebabkan oleh perbelanjaan terpaksa melebihi 60% pendapatan bulanan, dan punca utamanya ialah pembelian kenderaan yang tidak bersesuaian dengan ukuran pendapatan. Tambahan pula, kita terdedah kepada jerat-jerat kewangan jika tidak dapat mengawal emosi berbelanja.
Pengurusan risiko kewangan perlu dirancang dengan baik kerana kita terdedah kepada tiga risiko yang besar, iaitu :
Ketika kita sihat, kita mampu untuk bekerja atau berniaga untuk mendapatkan sumber pendapatan bagi membayar segala komitmen dan membuat pinjaman. Akan tetapi :
Untuk menangani risiko-risiko ini, kita memerlukan perancangan kewangan yang teliti. Jika risiko tersebut menjadi kenyataan, sekurang-kurangnya, harta yang dilabur tidaklah lebur. Formula Kompas Kewangan menetapkan hanya 10% sahaja daripada pendapatan bersih yang boleh digunakan untuk perlindungan, kerana jika jumlahnya salah, bahagian bagi Labur akan mengecut.
Bahagian Lindung terbahagi kepada tiga bahagian, mengikut keutamaan :
Keupayaan kita untuk membeli harta perlu setaraf dengan keupayaan kita untuk memegang harta tersebut walau dalam keadaan apa sekali pun. Ketika sihat, kita mempunyai kuasa pemegangan dalam bentuk gaji untuk membayar komitmen bulanan.
Mesti ramai beranggapan seperti dibawah kan jika rumah yang dibeli sudah ada MRTT. Betul tak?
Sebenarnya ramai yang tersilap kerana beranggapan waris tak perlu keluar sesen pun apabila dia meninggal dunia. Hakikatnya, waris kita tetap perlu bayar ansuran rumah selagi mana proses claim belum selesai.
MRTT yang kita ambik adalah pihak ketiga iaitu bukan bank. Apabila kita meninggal dunia bank tetap mahukan duit mereka. Selagi mana proses claim belum selesai, ansuran rumah tetap perlu dibayar. Jika 6 bulan tertunggak, rumah kita berisiko akan dilelong.
Proses claim MRTT ini minimum 6 bulan. Kebiasaan berlaku adalah 9 bulan sehingga bertahun tidak selesai claim dan selagi itu waris perlu bayar. Ada case setelah hampir setahun suami meninggal, claim MRTT masih tidak selesai. Apabila isteri pergi ke bank semula, dapat tahu pegawai bank yang uruskan claim MRTT sudah tidak bekerja. Fail claim tersebut tidak dihantar dan diproses untuk claim. Agak2 berapa lama lagi masa diambil?
Jadi jangan ingat bila kita sudah ada MRTT, waris dah tak perlu risau lagi bila kita meninggal dunia. Bayangkan jika sebulan ansuran rumah RM1,000. Waris perlu bayar dahulu sehingga claim selesai. Mana nak cekau duit? kalau ada duit tak apa. Kalau tak ada duit stanby bank lelong rumah yang waris duduk jika 6 bulan tertunggak.
Maka untuk selamatkan rumah kita daripada dilelong dan nak mengelakkan waris kita hilang tempat berteduh, ambik hibah takaful sebagai penyelamat kepada waris kita. Hibah takaful adalah tunai segera apabila kita meninggal dunia. Proses untuk waris terima hibah takaful adalah 14 hari. Sekurang-kurangnya waris kita boleh gunakan duit hibah takaful untuk bayar kepada bank.
Jika tak mampu yang besar, ambik yang kecil pun cukup. Hanya serendah RM36.15 sebulan, boleh sediakan tunai segera RM150K buat waris. Sekiranya diuji dengan sakit kritikal pada umur 40 tahun, tak perlu risau nak menyumbang lagi untuk hibah kerana hibah takaful ini ada disediakan waiver sakit kritikal (caruman takaful jadi percuma sekiranya berlaku sakit kritikal)
Hibah takaful ini juga boleh auto extend. katakan pada umur 61 tahun (selepas tempoh 30 tahun) dipanjangkan umur dan nak sambung lagi takaful ni, masih boleh. Tak perlu ambil takaful lain (caruman mungkin berbeza bila nak extend selepas tamat tempoh coverage).
Anda perlukan khidmat perunding dalam perlindungan hartanah? Boleh hubungi perunding kami.
Ramai sangat orang yang hendak menjadi kaya cepat sehingga terjerat sana sini. Apabila bercakap tentang hal pelaburan, kita tidak boleh bermain-main dalam membuat keputusan. Kalau terjerat, emosi diri dan keluarga akan terganggu.
Pelaburan akan menjadi menarik kalau kita memahami konsep pengkompaunan. Orang kata, sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. Memang betul peribahasa itu. Tambahan pula duit yang kita simpan boleh bertambah melalui dividen-dividen tahunan yang akan diperoleh.
Hierarki pengurusan kewangan untuk menjana keuntungan membentuk sebuah piramid. Setelah menolak caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), dan zakat daripada pendapatan bersih, matlamat kita adalah untuk menggunakan 30% daripada bakinya untuk menjana keuntungan.
Akan tetapi, daripada 30% itu, 10% mestilah kita letakkan ke dalam takaful sebagai tapak kewangan kita. Sila rujuk rajah di bawah :
Kalau tanya MJ, “Di mana bagus untuk saya melabur?”, MJ akan menjawab, dalam kesemua instrumen di atas. MJ galakkan anda untuk mempelbagaikan instrumen pelaburan.
– Peribahasa inggeris dan prinsip pelaburan jutawan Amerika, Warren Buffett
Oleh itu, kita mesti mencari ilmu berkenaan instrumen-instrumen pelaburan di atas untuk mendapatkan hasil pelaburan yang optimum.
Dividen daripada kedua-dua instrumen itu antara 6% hingga 7% setahun, dan ia hanya dapat menampung inflasi.
Jadi, kita perlu memanfaatkan pelaburan sebanyak 20% daripada pendapatan setiap bulan itu dengan melabur dalam instrumen-instrumen yang boleh meransang perkembangan duit kita dengan lebih baik, seperti hartanah, saham, unit amanah, dan emas.
Pengurusan harta pusaka amat penting untuk memastikan harta kita bergerak mengikut kehendak kita walaupun kita sudah tiada di dunia ini. Tujuan utama wasiat dibuat adalah sebagai jaminan saham akhirat kita selaku hamba Allah SWT.
Guna wasiat pengurusan harta pusaka juga adalah untuk mengelakkan pergaduhan antara ahli keluarga, dan supaya tiada di antara mereka yang mendapat dosa jika waris faraid yang berhak tidak reda dengan pembahagiaan harta yang tidak adil.
Masyarakat kita kebanyakannya hanya memiliki sebuah rumah yang kebiasaannya dikongsi antara suami dengan isteri. Apabila harta sepencariaan tidak dijelaskan dalam wasiat, sang isteri hanya akan mewarisi 1/8 bahagian hartanah daripada suami.
Dalam hal ini selalu berlaku permasalahan jika terdapat kes kematian. Tuntutan daripada keluarga mentua ke atas harta si mati sering menyebabkan pergaduhan. Oleh itu, eloklah sekiranya ia dielakkan dengan merancang awal-awal pengurusan harta pusaka kita.
30-3B, Prima Biz Hub, Block C, Jalan Tasik Prima 5/2, Taman Tasik Prima, 47150 Puchong, Selangor.