Posted by Ieza Yusof Consultancy On 25 Ogos 2022
BENGANG! PAKAI MERCEDES, TAPI HUTANG 20 RINGGIT PUN TAK MAMPU NAK BAYAR!
Sebab kan hutang kawan baik boleh gaduh. Sebab hutang rakan bisnes boleh tikam belakang. Sebab hutang keluarga pecah belah. Sebab hutang orang bunuh membunuh. Sebab hutang pasangan bercerai. Sebab hutanglah banyak kes jenayah meningkat.
Korang faham ke maksud ayat kat atas? Mungkin tanpa sedar kita sendiri pun tengah berhutang dengan seseorang sekarang ni. Dah jadi macam satu perkara normal yang berlaku dalam kalangan masyaraakat kita. Ramai orang nak hidup mewah. Nak Nampak hebat. Nak rasa diri ini dah berjaya.. Tapi kita tak sedar yang sebenarnya mungkin kita layak tapi belum tentu kita mampu.
Kalau hutang RM20 pun tak mampu nak bayar.. apatah lagi nak ada simpanan RM20 sebulan kan? Statistik mengeluarkan rakyat Malaysia tiada wang simpanan seminoma RM1,000. Maksudnya apa? Cuba kalau kita buat kira-kira dah bekerja min 5 tahun. RM20 X 6O bulan = RM1,200. Tapi kenapa statistik masih mengeluarkan rakyat Malaysia masih tak mampu ada wang simpanan kecemasan seminima 1 ribu?
Biar Nampak Biasa-biasa Asal Kaya!
Kalau kita tidak pandai, kita kena usaha jadi pandai. Kalau kita tidak rajin, kita kena usaha jadi rajin. Kalau kita tidak kaya, kita kena usaha jadi kaya. Tapi kalau acah-acah kaya sebab nak Nampak bergaya.. Itu cari masalah namanya.
Kalau kita tak ada usaha, tak ada tindakan.. macam mana kita nak berjaya? Tips nak berjaya dalam kewangan ni bukan sekadar perlu pandai cipta duit tetapi perlu juga pandai urus duit. Urus duit sekadar hanya jaga duit aliran keluar masuk tetatpi perlu juga menjaga keberkatan duit tu juga. Bayar hutang dan langsaikan hutang juga merupakan salah satu keberkatan dalam kewangan dan menuju kepada kejayaan kewangan.
Bukan senang nak hidup senang.. Tapi tak susah jugak untuk hidup senang dan siapa kata makan gaji tak boleh ada simpanan juta-juta? Siapa kata kerja makan gaji tak boleh capai kebebasan kewangan? Kalau korang tahu cara yang betul, ada ilmu, ada mentor.. semua boleh capai. Cuma nak dengan taknak je.
Jom dengar perkongsian daripada tetamu MJ. Beliau akan kongsikan rahsia kejayaan beliau dalam kewangan di usia yang muda. Moga2 dapat memberi inspirasi kpd anda semua.
Sumber: Shara Ismail
Jika terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi kami di talian 011-11798447
30-3B, Prima Biz Hub, Block C, Jalan Tasik Prima 5/2, Taman Tasik Prima, 47150 Puchong, Selangor.